Kiss tapi tak kiss..ada berani cuba??

    Nama pun JEPUN.Ada saja perkara `bukan-bukan` yang mahu dicuba.Macam-macam direkanya.Ada ketika benda yang dicipta tu nampak berguna,ada ketika menjatuhkan moral manusia,ada ketika benda tu `nonsense!`. Contohnya baru-baru ni, Nobuhiro Takahashi dari The University of Electro-Communications, berjaya mencipta satu alat untuk `kiss` lewat internet!wow!Genius.Memang genius.Sugoi!Kata orang Jepun.

  Mari sini rapat-rapat teman nak cerita pasal alat ni.moh kite..

 Alat ni dibuat semata-mata untuk memudahkan `long-distance lovers`,atau istilah lebih popular di Malaysia,PJJ(Perhubungan Jarak Jauh).Cara nak guna??hmmm..malu pula nak cerita..hmm..secara ringkasnya..beginilah..

  Pengguna hanya perlu `mencium` alat tersebut dan pasangan yang berada di hujung talian sebelah sana akan dapat `merasai` seperti dicium betul-betul!Ciuman yang `dihantar` bukan setakat secara fizikal sahaja,malah rasa(taste),gerak pernafasan(the manner of breathing) dan kelembapan lidah(moisture of tounge) turut `dihantar`.Bukan itu sahaja,percaya atau tidak,alat ini juga mampu merekod saat-saat ciuman tersebut dilakukan.Maksudnya pengguna boleh mengulang-ulang perbuatan tersebut di mana-mana,pada bila-bila masa!

wah..nampak gaya si Takahashi ni betul-betul pandang jauh ke depan…

 Takahashi berkata alat ini juga mungkin boleh digunakan oleh mana-mana selebriti untuk memberikan hadiah ciuman kepada peminat-peminatnya(mungkin juga boleh dibuat Francais??)Manalah tau..Justin Bieber nak beri special gift kepada peminat-peminatnya.hehe.

 Tapi taubatlah..kalau bagi percuma kat teman pun,teman tak mahu. teman yakin..alat ni kalau dikomersialkan di Malaysia..bukan janji tapi pasti ada yang menyokong..iyelah..bukannya kiss betul-betul..tak kena secara terus mulut-ke-mulut..mesti ada yang beralasan begitu..tapi teman ada persepsi teman sendiri..bagaimana teman melihat isu ini..

  Terus terang teman katakan..teman tak suka alat ni..tapi teman kagum bagaimana boleh tercapai akal takahashi untuk cipta sesuatu sebegini..atama ii ne..kashi koi..

Sini teman lampirkan link:

 Kemajuan…benarlah kata seseorang yang teman kenal..Orang bijak yang tidak baik akan menipu.Orang kurang bijak yang baik akan ditipu..Pada teman,kebijaksanaan orang-orang Jepun kadang-kadang melampaui batas.Pernah sekali teman terbaca tentang robot pembantu seks.Sesiapa yang tidak punya pasangan boleh saja beli robot ini untuk melempiaskan nafsunya.Sudah tidak ada `life` di situ..Semakin maju pembangunan materialnya,semakin menurun pula pembangunan moralnya.Mana mungkin manusia yang normal sudi melakukan perkara tu dengan robot??Astaghfirullah..

  Apa-apa pun,teman hanya sekadar mahu berkongsi info..mungkin kita semua boleh mengambil `sesuatu` dari isu ni..yang baik jadikan tauladan.yang buruk jadikan sempadan kita bersama.Kemajuan bukanlah Tuhan.Dalam apa sahaja yang kita lakukan sehari-harian..ingatlah..adanya Allah subhanahu wa taala..Tuhan Pencipta langit dan bumi yang Maha indah..Melihat mereka.. perkataan yang boleh `describe` tentang mereka ialah..TIADA IMAN..sebab itu berlakunya perkara-perkara yang pelik sebegini.

  Teman bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman ini..Ya Allah..mampirkan aku dekat kepada-MU..semoga diri ini tidak pernah lupa kepada-Mu dalam apa sahaja yang hamba lakukan.

Wassalam.

Najwa sengaja rasmikan blog ni dengan sesuatu yang menarik.Sesungguhnya memang niat Najwa mahu kongsikan apa-apa yang Najwa tahu kepada yang lain.Najwa suka membaca.Berilah apa sahaja.Akan tekun membeleknya.Semoga kita sama-sama dapat manfaat.Jika ada salah dan silap,Najwa awal-awal lagi mohon maaf dan pohon diperbetulkan.

Yoroshiku Onegaishimasu!

5 thoughts on “Kiss tapi tak kiss..ada berani cuba??

  1. akak nisa' berkata:

    Ya, najwa suka baca buku sejarah yang tebal2… teruskan menulis… best kan dapat kongsi info dgn org lain…

    • najwazakaria berkata:

      tq kak..memang best kalau dapat kongsi info dengan orang lain..
      p/s:xnak hadiahkan wa buku sejarah tebal2 lagi ke?hehe..
      *rindu la nak g pesta buku..

  2. Manusia tanpa agama/panduan macam tu la Wawa.. Bersyukurlah kita masih dikurniakan nikmat yang paling bernialai iaitu nikmat Iman dan Islam.

    Anyway, tahniah sebab dah ada blog sendiri..

    Dari Nabi SAW;

    “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat”

    • najwazakaria berkata:

      tq odi..rajin2 la tgk wa punya blog ni ek..tegur2 la mana2 yg perlu..best juga tulis2 blog ni kan..walaupun bukan rajin update pun..hehe

  3. Assalamualaikum..

    first skali nk ucap tahniah kat kakwa sbb dah ade blog sendri..

    I.Q dan E.Q perlu digabung dengan Soul (yakni agama islam) supaya ia selari dengan cara hidup yang sempurna (syariat Allah).. Jika tidak ia melanggar fitrah manusia dan hancurlah diri mereka kelak..

    wallahua’lam.. teruskan berblogging 🙂

Tinggalkan Jawapan kepada akak nisa' Batal balasan