Books Review:Nota Fikir untuk Zikir

Satu lagi buah tangan dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi.Buku ini mengandungi 3 bahagian.

Antara ketiga-tiga bahagian ini,teman paling gemar bahagian ketiga iaitu Kata Dikota.Bahagian satu merupakan kisah-kisah yang boleh diambil daripada kisah dulu-dulu seperti Cerita arnab dengan Kura-kura,Batu Belah Batu Bertangkup dan Si Tanggang.Mungkin kisah-kisah ini hanyalah kisah dongeng biasa namun pengajaran di sebalik cerita-cerita ini tidak kurang hebatnya.Penulis berjaya `mengeksploitasi` kisah-kisah ini dengan menulis sesuatu yang jarang-jarang kita dengar iaitu dari sudut motivasinya.

Selama ini,apabila teman melihat alam sekeliling,teman hanya memandang fizikalnya sahaja.Tidak lebih dari itu.Tetapi persepsi teman apabila melihat alam berubah apabila teman membaca bahagian kedua daripada buku ini,iaitu Berguru dengan alam.SubhanaAllah..Maha suci Allah yang menjadikan alam ini sangat cantik lagi menyenangkan.Bukan itu sahaja,malah banyak sebenarnya yang kita boleh belajar daripada mereka.Teman berbesar hati untuk bercerita satu cerita yang sangat dekat dengan kehidupan teman.Kisah mengenai sang rumput.Walaupun selama ini memandang rumput ini tidak cantik,tidak berbunga,tidak juga berbuah malah menjadi tempat untuk kita memijak-mijak pula.Namun cuba bayangkan jika rumput-rumput ini tidak ada?Pastinya padang kita `botak` bukan?Lihat sahaja padang pasir yang tidak berumput itu yang kering dan panas.

Jika dibandingkan dengan padang rumput yang lebih menyamankan,pasti kita bersyukur dengan kewujudannya.Ya,inilah kehebatan RUMPUT!Rumput ini walaupun kecil dan kita tidak nampak apa fungsinya kepada kehidupan harian,namun hakikatnya kewujudannya amat berguna.Pengajaran yang kita boleh dapati daripada kisah sang rumput ini ialah,walaupun orang lain tidak nampak akan kehebatan dan kelebihan kita,janganlah kita berasa rendah diri.Apa yang orang lain lihat atau bercakap tentang kita tidaklah sepenting bagaimana kita menilai diri kita sendiri.Kata Ustaz Pahrol lagi:Fikirkan apa yang kita ada,jangan fikirkan apa yang kita tidak ada.Justeru,apa yang kita ada itu sebenarnya tidak ada pada orang lain!.

Bahagian ketiga pula ialah bahagian motivasi yang terus(direct)..tidak mengikut cerita-cerita seperti dua bahagian sebelumnya.Bahagian Kata Dikota ini mempunyai 10 bab dimana bahagian ini merupakan bahagian kegemaran teman.Dalam banyak keadaan kita mungkin merasa kecewa dan lemah semangat.Kata bijak pandai,dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.Setelah selesai membaca bahagian ini,teman rasa penulis telah berjaya membuka minda teman supaya memandang sesuatu dengan lebih positif,walaupun dalam keadaan gagal!Orang yang berjaya,biasanya sudah gagal berkali-kali,tetapi orang yang gagal..gagalnya hanyalah sekali dan dia akan berhenti berusaha di situ.Melalui bahagian ini sebenarnya banyak yang boleh teman aplikasikan di dalam kehidupan seorang pelajar dan muslim.Bukan sahaja sesuai untuk seorang pelajar,malah teman turut rasa bahawa buku ini amat sesuai untuk semua lapisan umur.oh ye..sebelum terlupa seperti biasa,harganya RM19 untuk semenanjung dan RM21 untuk pasaran Sabah/Sarawak.Buku ini teman dapati di MPH,Jusco Ipoh.Kebiasaannya untuk mendapatkan hasil tulisan Ustaz Pahrol dan buku-buku terbitan Telaga Biru banyak terdapat di sini.Teman memang suka ke sana.Kalau tak pergi tak sah.Setiap kali pulang ke Malaysia inilah tempat yang teman wajib pergi.

Wassalam.

P/s:Lagi seminggu peperiksaan akan bermula.Tapi belum mula apa-apa persediaan pun.Ya Allah..harap-harap aku tak leka dengan benda-benda yang tak berfaedah…aminn..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s